Monday 8 July 2013

Hello..

Pagi nih, masuk ofis jer baca blog orang.. Lama betul rasanya tak update blog. Macam-macam hal berlaku. Sibuk dengan kerja pun ya, sibuk dengan uruskan hal anak pn ya jugak. Walaupun dalam kesibukan hal-hal seharian, sempat jugak pergi bercuti ke Port Dickson dengan Aleesha. Tak puas rasanya berehat di sana. Memang betul-betul best. Menginap di Thistle Port Dickson, sebuah hotel yang cukup mengagumkan. Segala aktiviti boleh dilakukan di sana dan yang paling aku suka adalah perkhidmatan 'baby sitting' yang ditawarkan dan ianya percuma. Aleesha memang cukup gemar bermain di 'indoor playground', bila menginap di sini dan playground nih disediakan.. Apa lagi memang cukup menyenangkan hidupku. Walau apa pun akan aku berkunjung kembali ke sana satu hari nanti.

Esok bermulalah bulan Ramadhan 2013. Tak sabar rasanya nak berpuasa. Tahun ni aku ingin meluangkan masa untuk bertawarikh. Harap-harap aku berpeluang untuk berbuat demikian.

Masa untuk kembali bekerja... Kepada semua rakan-rakan, selamat menyambut Ramadhan dan semoga segala amal jariah kita diterima oleh yang Esa. Amin...


No comments:

Post a Comment