Wednesday 21 December 2011

Ombak Rindu

Salam semua,

Lama tak menulis dalam blog ku ini.. Semalam telah berpeluang gi tengok citer Ombak Rindu. Walaupun setelah beberapa lama di pawagam, namun masih lagi orang ramai berpusu-pusu menonton. Aku dengan 'excitednyer' pergi la ke panggung..

Selepas 2 jam menonton, apa yg dapat aku simpulkan adalah publisiti untuk OR ni mmg hebat.. Namun kecewa sedikit kerana mengharapkan jalan cerita yg mantap dan kesedihan yang menimpa diri Izzah haruslah lagi hebat.. Aku lihat beberapa penonton adalah yang mengalirkan airmata, tp aku xde la pulak.. Tunggu jugak..  Sampai habis cerita la...tak jugak keluar2.. hehe..

Mungkin aku membandingkan kesedihan diri Izzah dan kesusahan hidup yang dia lalui dengan sejarah hidup aku sendiri.. Hmm...

Walau apa pun, cerita OR ni mmg best kerana seketika aku terbuai dengan khayalan dan keromantikan Hariz yang dipotretkan dalam cerita ni.. 

p/s: OST OR mmg best...!!!
Poster rasmi Ombak Rindu